Posted in Uncategorized

Hari Ini 20.1.2020

Baru hari ni berkesempatan nak menulis kat sini, setelah 20 hari berada di tahun 2020.

Masih lagi dalam mood tahun baharu, walaupun dah hampir ke penghujung bulan pertama.

Aku sambut kedatangan 2020 ini dengan kesibukan mengejar deadline, alhamdulillah syukur diberi kepercayaan untuk buat terjemahan buku Biologi Tingkatan 4 dan menulis buku Sains Tahun 4.

Dan di celah kesibukan itu, ada permintaan untuk penterjemahan Laporan Tahunan pula, aku terima juga dan anggap sebagai projek ad-hoc yang menambah kepada portfolio aku yang selama ini banyak melibatkan projek Sains, Biologi dan teks umum.

Syukur masih ada yang memerlukan khidmat editorial aku ni, dapat juga aku terus praktikkan kemahiran yang aku ada ni untuk cari pendapatan sendiri walaupun tak tetap dan taklah mewah.

Aku pernah berhasrat untuk slow down kerja editorial tapi nampaknya tak berhasil sebab masa aku tak nak itulah Allah datangkan job yang aku rasa sayang nak tolak. Aku pernah berhasrat nak fokus kepada jual buku online sahaja, itu pun tak terjadi juga kerana dalam masa yang sama nak buat kerja lain juga, ditambah kesibukan harian mengurus rumah tangga.

Jadi aku buat juga semua, masih mengekalkan dan meneruskan apa yang sudah aku mula — lagipun aku dah daftar syarikat di bawah Hif Enterprise, jadi aku jalan saja.

Walaupun terpalit kekecewaan tahun 2019, namun aku jadikan ia sebagai iktibar dan pengajaran. Juga perlu percaya kepada gerak hati. Jarang gerak hati nak menipu tapi kita yang menafikan dan anggap semua okey padahal ia tidak.

Berhati-hati dengan orang yang bijak ambil kesempatan dan ada agenda tersendiri. Sebenarnya kita boleh rasa, jadi kenalah buat keputusan tegas dan nyah mereka yang hidup dengan cara begini jauh daripada hidup kita.

Menjelang usia 40 tak berapa tahun saja lagi, aku fikir jika panjang umur Allah bagi, adalah. Namun segala yang belum selesai ni, aku mohon Allah mudahkan urusan aku menyelesaikan semuanya sebelum Dia jemput aku pulang.

Dalam pada itu, untuk tahun ini, antara lain matlamat aku:

1. Nak capai target baca 52 buku, yakni paling kurang 1 buku seminggu.

2. Amalkan pemakanan sihat, dah pernah buat dulu tapi u turn sebab motivasi down. Nak dekat 40 dah ni, kena jaga sikit.

3. Nak siapkan e-book. Yang nak dibaiki, dikemas kini dan yang baharu. Ikut mentor, sebulan 1 e-book! Tapi tak dapat kejar, target 1 e-book ambil masa dalam 2 ke 3 bulan juga untuk hasil yang lebih baik.

Ada lagi matlamat 2020 tapi yang tu aku simpan dalam T Planner. Hehe.

Apapun, aku harap aku dapat selalu menulis sebab dulu-dulu menulis nilah terapi aku untuk luahkan benda yang berlegar dalam kepala aku, berkongsi benda yang buat aku suka dan sedih. Sebab aku ni bukanlah sejenis orang yang suka bercakap dan bercerita dengan orang lain, well ada tu adalah tapi lebih selesa begini di blog. Di media sosial lain, aku pilih-pilih juga atas faktor pelbagai.

Semoga tahun ini kami sekeluarga lebih istiqomah dalam ibadat, dilimpahi rezeki melimpah, sentiasa terdorong untuk amal baik, menjadi lebih sabar, belajar bertenang dan diberi kekuatan mendidik anak-anak. Insya Allah.

Hz

20.1.2020, 1840

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s