Posted in Uncategorized

Anak dan Kerja

Dua malam sudah, Amna tak semena-mena muntah. Berlanjutan dalam 2-3 jam, lepas dibagi ubat Colimix untuk legakan tegang perut, dia tidur sampai ke pagi. Alhamdulillah.

Malam ni, Faheem pula muntah-muntah. Bermula lepas maghrib, dia asyik berulang-alik ke dapur, luek ke tong sampah.

Aku syak dia makan cepat dan banyak sangat petang tadi, agaknya. Perut dia bukan jenis tahan sangat.

Petang tadi, abahnya bawa balik ayam goreng cheese dengan ayam goreng korea. Dia dengan adik makan yang cheese. Entahlah berapa ketul yang masuk ke mulut. Lepas tu minum pula air soya sejuk.

Aku dok fikir dia muak ke makan banyak sangat ke asyik termuntah macam ni.

Sampailah lepas 1 jam, dok muntah lagi dengan dahi dah peluh-peluh. Muka pun dah nak pucat menahan perut tegang.

Sakit perut, katanya.

Dengan batuk lagi. Nak keluarkan kahak tu lagi.

Aku bagi Linctus sebelum tu sebab dia batuk. Tak lama lepas tu muntah balik ubat tu sekali dengan air masak semua.

Tak lama kemudian, suami suruh bagi Colimix. Bertahan la dalam setengah jam, habis muntah balik semuanya.

Lepas tu dia tertidur dalam sejam lebih. Aku lega sekejap. Tapi masa aku nak alihkan kaki dia, dia terjaga dan nak muntah lagi. 2 kali muntah, jernih dan oren. Air masak dan ubat keluar balik.

Baring semula. Lepas 20 minit, muntah lagi.

Kesian, sampai tegang tengkuk dia meneran muntah. Setakat ni yang keluar kahak jernih dan oren (dari ubat).

Aku bagi lagi sekali Colimix dengan dos separuh sahaja. Mudah-mudahan dapat kurangkan tegang dan legakan perut dia.

Aku dok terfikir, kalau setakat makan banyak dan cepat, mesti muntah setakat 2-3 kali macam selalu.

Ini sampai lebih 4 jam dia dok terbangun muntah lagi.

Dok baca Google, salah satu punca jangkitan virus. Agaknya ayam atau soya tadi tu tak sesuai dengan perut dia. Tapi orang lain tak pula berkeadaan macam dia, syukur.

Aku dok pantau kalau dia demam atau cirit-birit. Muntah keluar lendir hijau.

Itu memang nak kena terus ke klinik.

Aku standby juga ubat tahan muntah kalau kalau dia masih muntah dan mengganggu tidur.

Maka malam ni aku tak dapat tidur tenang. Begitulah kalau anak tak sihat.

Dulu-dulu masa bekerja pejabat, situasi macam inilah paling aku risau.

Entahkan esoknya aku boleh masuk kerja atau tidak. Lagi memikirkan kerja yang sentiasa bertimbun. Menghitung baki cuti yang tinggal, itupun kalau ada.

Salah satu sebab aku memilih bekerja di rumah, inilah dia.

Aku tak mahu rasa serba salah dan tersepit antara kerja dan anak. Dah tentu aku akan dahulukan anak namun bila ada komitmen kerja, situasinya takkan sama.

Bukan semua rakan sekerja faham, dan tidak semua majikan boleh terima. Jadi aku lebih selesa melepaskan semua itu dan beban otak aku ni biarlah lebih untuk urusan keluarga berbanding yang lain.

Orang lain, lain situasinya, lain majikannya, lain taska dan pengasuhnya, lain keadaan anaknya.

Dalam kes aku, aku memilih untuk berada di rumah dan membina kerjaya yang tidak melibatkan aku ke pejabat sepenuh masa.

Walaupun sukar pada awalnya, namun setelah hampir 5 tahun, aku fikir ini jalan yang terbaik untuk aku dan keluarga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s