Rezeki

Walaupun orang sekadar bertanya, itupun memadai untuk aku rasa gembira.

Keadaan ini bermakna, ‘iklan’ yang ada di media sosial biarpun tidak selalu aku update masih boleh dicari.

Semalam dan hari ini, aku terima mesej dan e-mel berhubung perkhidmatan editorial.

Walaupun tiada maklum balas selepas diberi sebut harga, aku menerimanya dengan lapang dada dan menganggap mungkin kali ini bukan rezeki aku.

Tak mengapa.

Aku teruskan saja dengan tugasan yang ada di tangan.

Guru-guru penulisan aku selalu berpesan, kalau klien tak jadi nak berurusan dengan kita atau tidak dapat terima caj yang kita kenakan, bermakna mereka bukanlah klien yang kita cari.

Meletakkan harga terlalu rendah bagi khidmat dalam bidang editorial ini mungkin boleh menarik banyak tugasan tapi berbaloikah dengan kerja dan kemahiran yang digunakan?

Memegang kata-kata pakar bidang yang lebih berpengalaman, aku tetapkan caj yang dikira berpatutan dan sesuai dengan pasaran.

Namun dalam kes tertentu, masih boleh dibincangkan.

Walaupun ada yang menganggap khidmat editorial ini sepatutnya murah sahaja (mengikut bajet mereka), itu pendapat masing-masing.

Namun begitulah, kerja yang nampak mudah sebenarnya bukanlah mudah untuk dilakukan. Kadang kala tugas untuk memudahkan itulah yang paling sukar dilaksanakan.

Dan pasti, ada bayaran untuk itu.

Hz

4.3.2021, 2330

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s