Projek Antologi 2021

2021, aku menyasarkan lebih banyak karya diterbitkan sama ada secara solo atau antologi, secara bercetak atau digital.

Setakat ini, satu antologi masih pending, yang sepatutnya terbit tahun lalu tetapi atas beberapa kekangan berkali-kali juga ditangguhkan.

Antologi kedua, aku nak murnikan bagi sedap sikit. Kisah berkaitan ayah, memang agak sukar aku nak hantar begitu saja. Takut salah tulis atau terlalu penuh emosi.

Antologi ketiga, syukur diterima. Khabar gembira awal tahun ini. Cerita tentang perpustakaan mini di rumah.

Antologi seterusnya, paling berdebar. Sengaja cabar diri hantar karya walaupun dah lewat sehari. Mahu rasa pengalaman bersama-sama dalam kumpulan penulis prolifik, barisan jurulatih yang hebat, barisan editorial yang mantap.

Setakat ini, alhamdulillah. Manuskrip diterima dengan baik dan telah melepasi fasa penilaian dan sedang disunting oleh seorang editor berpengalaman.

Matlamat tahun ini, mahu aktif menjual dan menulis buku dan e-book.

Semoga Allah lancarkan urusan dan permudahkan jalan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s