Posted in Uncategorized

Staying Home During Covid-19

For the past 3 weeks, we have been staying at home, avoiding all visits to malls and other crowded places.

We did groceries as usual but limit to only Pasar Tani for wet stocks and get other dry stocks and things from 99 Speedmart.

The husband has been stocked up some canned sardines, milk, juices while me added some fish, vegetables and fruits, getting fresh from pasar pagi. The stocks can last for 1-2 weeks insya Allah.

It is not about panic buying, it is our normal stock up, and we are buying a bit more just to limit our visit to the market.

Kids are also not allowed to the shops and stay at home or in the car.

Posted in Siri Bersembang dengan Mak

Siri Bersembang Dengan Mak

Mak ayah aku dah tiada. Syukur Allah kurniakan suami yang masih ada mak ayah, jadi dapatlah aku menumpang kasih sayang.

Mula-mula kekok jugalah nak terima tapi alhamdulillah dah hampir 10 tahun ni, syukur sangat Allah bagi kesihatan yang baik untuk kedua-dua mentua aku.

Bapa mentua yang aku panggil abah, masih sihat dan aktif cara usia 60-an lah. Ada kencing manis tapi masih terkawal, alhamdulillah.

Mak mentua aku panggil mak. Ada lah sikit darah tinggi, itu pun alhamdulillah terkawal juga. Cuma mak ada masalah di kaki. Tulang kaki retak tapi tak dirawat awal, maka bengkak jadinya. Jadi mak tak boleh berdiri atau berjalan lama. Nanti bengkak dan sakit pada buku lali.

Dulu-dulu, masa ayah masih ada, biasalah call tanya khabar. Kadang-kadang bukan nak tanya apa pun, nak dengar suara saja. Tanya makan apa, buat apa. Begitulah.

Rindu nak bersembang dengan orang tua kita.

Jadi asbab perasaan itu, biarpun ayah dah tak ada, aku masih ada mak dan abah. Jadi, aku salurkan rasa rindu nak bersembang di telefon dengan mak.

Nak mulakan ni dah lama tapi aku teragak-agak. Sampailah satu masa, aku buat saja biar sampai jadi tabiat, aku nak telefon mak hari-hari walaupun pada dasarnya tak ada apa pun.

Iyalah menantu mungkin pelik sikitlah tapi tak apalah. Aku anggap je jadi wakil kepada suami tanya khabar mak abah.

Aku putuskan untuk call mak suatu hari tu, untuk tanya resipi ayam goreng rangup di luar, lembut berjus di dalam.

Resipi adik ipar, tapi aku memang saja nak tanya pada mak, sebab mak yang cerita kat aku dulu. Kira ada point la nak call mak, kan.

Sejak hari tu, aku akan cuba selit masa untuk call mak.

Pernah sekali, call mak katanya di klinik. Abah pening kepala hari sebelumnya, mak yang lama sakit telinga pun sama check up.

Kalau tak call… tak tahu yang abah tak berapa sihat dan sakit telinga mak tu masih berlarutan.

Begitulah hari seterusnya, cerita berkisar resipi, aktiviti dan macam-macam.

Semoga aku istiqomah. Biarpun benda kecil tapi impaknya besar pada aku.

Aku tak mahu mak rasa sunyi. Dan aku juga harap jika aku panjang umur, anak aku pun berhubung dengan aku hari-hari nanti.

Posted in Uncategorized

Anak dan Kerja

Dua malam sudah, Amna tak semena-mena muntah. Berlanjutan dalam 2-3 jam, lepas dibagi ubat Colimix untuk legakan tegang perut, dia tidur sampai ke pagi. Alhamdulillah.

Malam ni, Faheem pula muntah-muntah. Bermula lepas maghrib, dia asyik berulang-alik ke dapur, luek ke tong sampah.

Aku syak dia makan cepat dan banyak sangat petang tadi, agaknya. Perut dia bukan jenis tahan sangat.

Petang tadi, abahnya bawa balik ayam goreng cheese dengan ayam goreng korea. Dia dengan adik makan yang cheese. Entahlah berapa ketul yang masuk ke mulut. Lepas tu minum pula air soya sejuk.

Aku dok fikir dia muak ke makan banyak sangat ke asyik termuntah macam ni.

Sampailah lepas 1 jam, dok muntah lagi dengan dahi dah peluh-peluh. Muka pun dah nak pucat menahan perut tegang.

Sakit perut, katanya.

Dengan batuk lagi. Nak keluarkan kahak tu lagi.

Aku bagi Linctus sebelum tu sebab dia batuk. Tak lama lepas tu muntah balik ubat tu sekali dengan air masak semua.

Tak lama kemudian, suami suruh bagi Colimix. Bertahan la dalam setengah jam, habis muntah balik semuanya.

Lepas tu dia tertidur dalam sejam lebih. Aku lega sekejap. Tapi masa aku nak alihkan kaki dia, dia terjaga dan nak muntah lagi. 2 kali muntah, jernih dan oren. Air masak dan ubat keluar balik.

Baring semula. Lepas 20 minit, muntah lagi.

Kesian, sampai tegang tengkuk dia meneran muntah. Setakat ni yang keluar kahak jernih dan oren (dari ubat).

Aku bagi lagi sekali Colimix dengan dos separuh sahaja. Mudah-mudahan dapat kurangkan tegang dan legakan perut dia.

Aku dok terfikir, kalau setakat makan banyak dan cepat, mesti muntah setakat 2-3 kali macam selalu.

Ini sampai lebih 4 jam dia dok terbangun muntah lagi.

Dok baca Google, salah satu punca jangkitan virus. Agaknya ayam atau soya tadi tu tak sesuai dengan perut dia. Tapi orang lain tak pula berkeadaan macam dia, syukur.

Aku dok pantau kalau dia demam atau cirit-birit. Muntah keluar lendir hijau.

Itu memang nak kena terus ke klinik.

Aku standby juga ubat tahan muntah kalau kalau dia masih muntah dan mengganggu tidur.

Maka malam ni aku tak dapat tidur tenang. Begitulah kalau anak tak sihat.

Dulu-dulu masa bekerja pejabat, situasi macam inilah paling aku risau.

Entahkan esoknya aku boleh masuk kerja atau tidak. Lagi memikirkan kerja yang sentiasa bertimbun. Menghitung baki cuti yang tinggal, itupun kalau ada.

Salah satu sebab aku memilih bekerja di rumah, inilah dia.

Aku tak mahu rasa serba salah dan tersepit antara kerja dan anak. Dah tentu aku akan dahulukan anak namun bila ada komitmen kerja, situasinya takkan sama.

Bukan semua rakan sekerja faham, dan tidak semua majikan boleh terima. Jadi aku lebih selesa melepaskan semua itu dan beban otak aku ni biarlah lebih untuk urusan keluarga berbanding yang lain.

Orang lain, lain situasinya, lain majikannya, lain taska dan pengasuhnya, lain keadaan anaknya.

Dalam kes aku, aku memilih untuk berada di rumah dan membina kerjaya yang tidak melibatkan aku ke pejabat sepenuh masa.

Walaupun sukar pada awalnya, namun setelah hampir 5 tahun, aku fikir ini jalan yang terbaik untuk aku dan keluarga.

Posted in Cabaran Membaca 2020

Bacaan Januari 2020

Menuju buku ketujuh untuk bulan ini. Sasaran setiap bulan, 4 buah (1 buku seminggu).

Memang sengaja banyak baca dalam bulan-bulan pertama ni, buat motivasi untuk konsisten baca terus hingga hujung tahun.

Buku pilihan awal-awal tahun ni, yang nipis dan santai saja. Baca buku yang sedia ada, dah lama beli. Ada juga baca daripada E-lib Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Biasanya aku pinjam novel sebab aku jarang beli.

Dasar cerewet sikit nak beli novel. Tak berapa minat, tapi baca juga beberapa.

Setakat hari ini, buku yang aku dah baca:

1. Cikgu Kampung, Shahidan Shuib

2. Ya Tuhan! Bantu Aku Bangkit , Begum Irdawati

3. Ke Mana Tumpahnya Kuah, Chef Adu Amran

4. Cikgu Bankrap, Zaharoh Fajar Nina

5. Nota Perempuan Backpacker, Azzah AR

6. Pentas, Anuar Shah

7. The Nurse & Crises, Faisal Tehrani

Buku 1, 4 dan 6 aku pinjam daripada E-lib PNM.

Buku 7 sedang baca lagi. Dan insya Allah akan terus ke buku 8, Membaca: Kaedah dan Motivasi, Zaini Ujang.

Nak juga masukkan buku 8 dalam Januari untuk memantapkan bacaan sepanjang 2020. Ha gitu.

Posted in Uncategorized

Hari Ini 20.1.2020

Baru hari ni berkesempatan nak menulis kat sini, setelah 20 hari berada di tahun 2020.

Masih lagi dalam mood tahun baharu, walaupun dah hampir ke penghujung bulan pertama.

Aku sambut kedatangan 2020 ini dengan kesibukan mengejar deadline, alhamdulillah syukur diberi kepercayaan untuk buat terjemahan buku Biologi Tingkatan 4 dan menulis buku Sains Tahun 4.

Dan di celah kesibukan itu, ada permintaan untuk penterjemahan Laporan Tahunan pula, aku terima juga dan anggap sebagai projek ad-hoc yang menambah kepada portfolio aku yang selama ini banyak melibatkan projek Sains, Biologi dan teks umum.

Syukur masih ada yang memerlukan khidmat editorial aku ni, dapat juga aku terus praktikkan kemahiran yang aku ada ni untuk cari pendapatan sendiri walaupun tak tetap dan taklah mewah.

Aku pernah berhasrat untuk slow down kerja editorial tapi nampaknya tak berhasil sebab masa aku tak nak itulah Allah datangkan job yang aku rasa sayang nak tolak. Aku pernah berhasrat nak fokus kepada jual buku online sahaja, itu pun tak terjadi juga kerana dalam masa yang sama nak buat kerja lain juga, ditambah kesibukan harian mengurus rumah tangga.

Jadi aku buat juga semua, masih mengekalkan dan meneruskan apa yang sudah aku mula — lagipun aku dah daftar syarikat di bawah Hif Enterprise, jadi aku jalan saja.

Walaupun terpalit kekecewaan tahun 2019, namun aku jadikan ia sebagai iktibar dan pengajaran. Juga perlu percaya kepada gerak hati. Jarang gerak hati nak menipu tapi kita yang menafikan dan anggap semua okey padahal ia tidak.

Berhati-hati dengan orang yang bijak ambil kesempatan dan ada agenda tersendiri. Sebenarnya kita boleh rasa, jadi kenalah buat keputusan tegas dan nyah mereka yang hidup dengan cara begini jauh daripada hidup kita.

Menjelang usia 40 tak berapa tahun saja lagi, aku fikir jika panjang umur Allah bagi, adalah. Namun segala yang belum selesai ni, aku mohon Allah mudahkan urusan aku menyelesaikan semuanya sebelum Dia jemput aku pulang.

Dalam pada itu, untuk tahun ini, antara lain matlamat aku:

1. Nak capai target baca 52 buku, yakni paling kurang 1 buku seminggu.

2. Amalkan pemakanan sihat, dah pernah buat dulu tapi u turn sebab motivasi down. Nak dekat 40 dah ni, kena jaga sikit.

3. Nak siapkan e-book. Yang nak dibaiki, dikemas kini dan yang baharu. Ikut mentor, sebulan 1 e-book! Tapi tak dapat kejar, target 1 e-book ambil masa dalam 2 ke 3 bulan juga untuk hasil yang lebih baik.

Ada lagi matlamat 2020 tapi yang tu aku simpan dalam T Planner. Hehe.

Apapun, aku harap aku dapat selalu menulis sebab dulu-dulu menulis nilah terapi aku untuk luahkan benda yang berlegar dalam kepala aku, berkongsi benda yang buat aku suka dan sedih. Sebab aku ni bukanlah sejenis orang yang suka bercakap dan bercerita dengan orang lain, well ada tu adalah tapi lebih selesa begini di blog. Di media sosial lain, aku pilih-pilih juga atas faktor pelbagai.

Semoga tahun ini kami sekeluarga lebih istiqomah dalam ibadat, dilimpahi rezeki melimpah, sentiasa terdorong untuk amal baik, menjadi lebih sabar, belajar bertenang dan diberi kekuatan mendidik anak-anak. Insya Allah.

Hz

20.1.2020, 1840

Posted in Ulasan Buku/Book Review

The Art of Letting God by Mizi Wahid

Title: The Art of Letting God

Author: Mizi Wahid

Publisher: Iman Publication

When Life is Upside Down

I am on this Chapter Six – Your Stops and Steps when I finally decided to pick up this book to take my mind away from the kids.

I am tired and need some time off, away from them for a while after episodes of drama since morning.

I just need something worthy to read, to ease my mind and justify either all my actions today is right or wrong.

And I have made a good choice, a very good one by choosing this book.

The burden of anger, regret and disappointment inside me slowly lifted away as I went through page by page.

It seems like most of words are explaining the situations I am facing and how to deal with it. How to fix it, how to get over it.

Sometimes we forget that we must turn everything to the Almighty, it is not our power to make things go our way. Sometimes we try hard to change things or people, even the situations we are in but we forget that Allah is the All Knowing. He will be the One who guiding our way.

Remember, we ask Allah 17 times a day for His guidance in surah al-Fatihah:

“Guide us to the straight path.”

(Quran 1:6)

Perfect Timing

I love how the author explained about putting our trust in Allah’s perfect timing.

We may think that we pray hard but none of our prayer is answered. We did everything we have been told to, but things seem not to change.

From our point of view, our life remains the same, nothing improves. Without noticing, we slowly giving up and losing hope.

But actually…

“You’ve been asking for something that you thought was going to bless you – but God knows better. Whenever He sees your request as something that has potential to do more harm than good, He denies. And by denying, He is actually giving.”

One of my favourite phrases in Chapter 10.

Yes, we are so much into our desire but forget that Allah is actually training us for something bigger.

Being Mom

I never thought I will be so easily triggered by the kids behaviour at home. I used to control myself from being loud and yelled at them but most of the times, I failed.

To arrange house chores with the deadlines (my freelancing job), at the same time have to put up with their dramas and rantings — really heat me up and burst.

Yes, shaytan wins in this game.

I forget, Allah give them to me (and my husband) these kids to teach us patience.

And for us to learn about life and the Creator – through them.

“Know that God has a plan for your life. Pray for the direction to follow it. Ask for the patience to wait for it. And seek for the wisdom to know when it finally arrives.”

We may face lots of challenges in raising the kids. The hardwork, the sweat, the tears but we never know what is His plan awaiting for us.

Keep praying and trust Him.

Thanks for this beautiful piece. The words are nicely written, touching deep down the heart.

Hz

171219, 0040hrs

Posted in Ayah

Doa yang Hilang

You raise me up

So I can stand on mountains

You raise me up

To walk on stormy seas

I am strong when I am on your shoulders

You raise me up

To more than I can be

Bait lagu Josh Groban, You Raise Me Up.

Lagu yang membuatkan aku teringat kat arwah ayah, lagu yang boleh buat aku tiba-tiba sebak.

Ayah sentiasa yakin dengan kemampuan aku, melebihi keyakinan aku pada diri aku sendiri. Sering kali aku rasa aku tak boleh buat, tak boleh lakukan, tak boleh teruskan, tak mampu… tapi ayah tetap yakin dengan kebolehan yang aku ada biarpun sedikit.

Selagi tak cuba, jangan cakap tak boleh. Belum cuba belum tahu. Jangan mengalah sebelum berusaha. Jika dah berusaha tapi tak berjaya, itu lebih baik daripada tak berusaha atau langsung tak mencuba.

Bukanlah ayah tak kisah kalau kau gagal. Tapi paling penting usaha dan cuba. Berani mengambil risiko dan yakin diri sendiri yang kita mampu. Kita boleh.

Cara ayah besarkan kami mungkin tak sama macam orang lain. Namun tak bererti dia lepas tangan cuma ada ketika mungkin nampak macam didikannya melebihi usia kami tapi asbab itulah agaknya kami jadi lebih matang sebelum usia.

Dengan situasi keluarga tak seperti keluarga lain, kami diajar berdikari sejak sekolah rendah. Lebih lagi setelah pemergian emak, kami perlu teruskan hidup dan ‘survive’.

Masa ayah ada, aku rasa aku boleh jadi seperti mana dalam lirik lagu tadi.

Sejak ayah pergi, seolah-olah keyakinan diri hilang, kekuatan diri merudum dan aku jadi lost.

Aku rindu doa ayah.

Agaknya berkat doanya dulu aku jadi orang yang berani, kuat dan cekal.

Tiada lagi doa ayah, aku hilang sebelah sayap.

Kini giliran aku mendoakan ayah, semoga dia tenang di sana dan diampunkan dosa-dosanya yang lalu, ditempatkan rohnya bersama orang beriman.