Suratkhabar Sabtu

Membaca berita melalui suratkhabar, lain perasaannya berbanding di internet. Walaupun berita boleh diakses lebih pantas dan mudah secara dalam talian, namun menyelak helaian akhbar tetap mempunyai nostalgia dan cerita tersendiri. Inspirasi arwah ayah mungkin, dibaca suratkhabar untuk perkembangan negara dan dunia. Artikel atau rencana yang ingin dibaca semula akan digunting dan disimpan keratannya. Tabiat itu … Continue reading Suratkhabar Sabtu

PromptJulai: Jiwa

Anak-anak, memanglah belahan jiwa intan payung pengarang jantung. Merekalah madu, mereka jualah racun. Amanah yang dikurnia Allah bukan calang-calang. Setiap anak yang lahir menuntut pengorbanan yang bukan sedikit, bahkan berbeza pula dari sulung, tengah atau bongsu. Syukur Allah masih limpahi kasih sayang dan beri peluang untuk bergelar ibu, saat masih ada insan yang ternanti-nanti zuriat … Continue reading PromptJulai: Jiwa

So Again, I Write To Heal

Biasa dengar nama Teme Abdullah, buku-bukunya, lukisan-lukisannya tapi saya tidaklah follower tegar cuma adalah mengikut perkembangannya sikit-sikit. Kagum dengan bakat lukisannya, cantik-cantik belaka biarpun hanya garisan dan sketch. Terbaru Teme telah 'menghiburkan' hati Agong dan Permaisuri dengan lakaran potret Tuanku berdua yang dikongsikan di Instagram dan Twitter. Betapa Tunku RPA berkenan untuk dapatkan sesalinan lukisan … Continue reading So Again, I Write To Heal

PromptSept: Jalan

Matahari pagi Matahari pagi di sepanjang jalan ke KL beberapa bulan lalu. Meredah jalan yang masih belum sibuk kerana masih di awal pagi. Dapat nikmati cahaya matahari pagi dengan jelas. Berpagi-pagi untuk ke kelas, yang mana saya menjadi salah seorang urus setia. Perlu tiba awal memantau kelancaran proses. Almaklum agak lama tidak mengendalikan program, jadi … Continue reading PromptSept: Jalan

PromptSept: Blog Foto

Cabaran untuk September, blog foto. Teruja nak kongsi foto-foto yang ada dalam simpanan. Walaupun cabaran untuk Julai dan Ogos tenggelam timbul, tetap juga nak sahut cabaran untuk September. Cikpuan Norsa'adah yang mencetuskan cabaran ini. Cabaran September sekurang-kurangnya ada 15 entri. Kita cuba! #septemberblogpostchallenge #septemberwritingprompt #photoblog

Prompt Ogos: Night Owl vs Early Bird

Agak perlahan progress menulis mengikut prompt Ogos ini dek memenuhi tuntutan menterjemah buku Sains PT3 dan menyunting manuskrip e-book salah seorang peserta kelas Tulis dan Terbit E-book. Bekerja sepenuhnya di rumah, walaupun ada workstation sendiri, sungguhlah tidak sama suasana dan keadaan seperti di pejabat yang lebih selesa dan kurang gangguan (ye ke?) Sekurang-kurangnya tiada tangan … Continue reading Prompt Ogos: Night Owl vs Early Bird