
Menulis di blog bukanlah perkara baharu pada saya, bahkan hingga kini saya ada lebih daripada 10 blog dan setiap satunya dibina dengn tujuan tersendiri.
Ada blog yang diwujudkan sebagai platform menulis draf e-book, ada juga yang digunakan untuk tujuan affiliate marketing. Ada juga blog informasi yang saya suka berkongsi reviu, tip kesihatan dan bebelan, ada juga blog yang saya bina khas untuk menyimpan resipi.
Blog ini pula? Apa tujuan saya buat blog lagi? Tak cukupkah dengan yang sedia ada?
Blog ini saya khaskan untuk melatih skil penulisan dengan lebih serius, selain sebagai platform untuk membangunkan dan mempersiapkan diri menjadi penulis.
Saya juga harap saya dapat berkongsi ilmu berkaitan buku, e-book, penulisan, penyuntingan dan penerbitan yang saya perolehi daripada pelbagai sumber.
Sebagai seorang editor yang menulis, saya juga berharap dapat berhubung dengan lebih ramai individu yang berada dalam bidang yang sama untuk sama-sama bertukar pandangan dan memperkasa antara satu sama lain.
Saya amat berbesar hati jika dapat berkenalan lebih rapat dan mesra dengan penulis lain, para editor, penterjemah, penerbit buku, penjual buku dan mereka yang terlibat dalam industri penulisan dan perbukuan.
Semoga kehadiran blog ini dapat melatih saya menulis dengan konsisten dan bersemangat untuk menulis setiap hari.
Zaila HZ, 290719
Leave a comment