Zaila Menulis

Bacalah dan tulislah.


Dos Penggalak Vaksin: Selepas Tiga Hari

Akhirnya dapat juga tarikh temu janji vaksin dos penggalak (booster dose) di Mysejahtera. Aku memang tertunggu-tunggu sebab dah lebih tempoh dos kedua Sinovac. Dah nak masuk 4 bulan. Jadi memang dah layak nak dapat.

Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan dan kesan selepas vaksin pun tak seteruk masa dos pertama dan kedua.

Kawan baik aku, pegawai perubatan di satu Klinik Kesihatan. Memang dia antara yang pantau proses vaksinasi. Satu nasihat dia, untuk kurangkan kesan akibat vaksin, lepas cucuk je terus ambik panadol.

Memandangkan kesan penerima vaksin Pfizer agak teruk, macam kebanyakan orang mengalami bengkak di lengan, demam, lesu, letih, sakit kepala sampai tak boleh nak buat kerja… sebab tu dia sarankan ambik panadol siap-siap sebelum simptom tu datang. Lagi pula, sebelum ni aku terima Sinovac, takut terkejut badan dan aku tak daya nak melawan.

Masa dos pertama, kedua tu, letih lesu sakit kepala juga. Asyik mengantuk aje. Makan minggu juga nak kembali normal. Tapi alhamdulillah takde kesan teruk yang lain.

Ni dos penggalak Pfizer pun setakat tiga hari ni, alhamdulillah okey. Memang sejak lepas cucuk tu dah ambik Uphamol. Kadang-kadang 500 mg, kadang-kadang 650 mg. Ambik setiap 6 jam.

Aku lebih serasi dengan Uphamol. Kalau ambik Panadol, lagi yang macam-macam nama tu, jantung aku jadi laju. Berdebar je. Kalau Uphamol okey. Setakat ni pun alhamdulillah. Sakit-sakit kepala ada juga sesekali tapi tak teruk sangat. Setakat ni tak demam. Lesu ada sikit-sikit je mengantuk. Tiada kesan ketara.

Boleh tidur malam, boleh masak, selera makan pun okey. Berkebun sikit-sikit pun boleh.

Lengan sengal dan sakit sikit pada tempat cucuk tu masih ada la. Tapi takdelah bengkak ke lebam ke. Aku cuma elak buat kerja berat dengan lengan tu.

Alhamdulillah.



Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started