Zaila Menulis

Bacalah dan tulislah.


  • Prompt: Pakaian Tradisional

    Jujurnya saya bukanlah peminat pakaian tradisional sangat, cuma apabila dah mencapai usia penghujung 30-an ini, apabila melihat orang lain memakai kebaya, baju kurung pesak, baju kedah… nampak klasik dan elegan. Saya boleh katakan pakaian tradisional yang menarik minat saya ialah kebaya. Tapi kebaya yang jenis longgar dan labuh. Jika sebelum ini saya tak berani menggayakan Continue reading

  • Prompt: Perkara yang Saya Ingin Lakukan Tahun Ini

    Apakah perkara yang saya ingin sangat lakukan tahun ini? Mendapatkan berat badan yang ideal! Tahun lepas sebenarnya saya sudah separuh jalan ke arah mendapatkan berat badan yang ideal, namun dek penangan hari raya, seterusnya pasca raya ditambah dengan keghairahan mencuba resipi baharu – nampaknya niat tersangkut di tengah jalan. Saya terpaksa memulakan semula rejim pemakanan Continue reading

  • Prompt: Apa yang Saya Lakukan Ketika Marah

    Marah juga semalam apabila satu entri yang sudah siap ditulis, lenyap begitu sahaja akibat lupa nak Save Draft. Hmm dah dua kali begini! Mahu menulis semula dengan ‘feel’ yang sama… memang payah melainkan bertenang dahulu. Aduhai. Ya, kita ni kadang-kadang benda kecil pun mudah benar nak naik angin. Ada orang benda remeh pun nak marah Continue reading

  • Prompt: Channel Youtube Kegemaran Saya

    Youtube telah menjadi salah satu sumber terpenting untuk akses pelbagai maklumat masa kini. Ramai juga yang memanfaatkan Youtube untuk belajar pelbagai kemahiran baharu seperti menjahit, melukis dan sebagainya. Jika video yang baik ditonton, insya Allah baik juga hasilnya. Di rumah, kami tidak melanggan siaran tv berbayar, jadi siaran di tv agak kurang jelas biarpun sudah Continue reading

  • Prompt: Resipi Kegemaran Saya

    Gulai ialah kari dalam fahaman orang Utara. Berbeza daripada negeri lain yang biasanya menamakan hidangan berkuah sebagai gulai juga seperti gulai lemak dan sebagainya. Tapi bagi kami orang Utara begitulah. Gulai is kari. Masa balik beraya di kampung tahun ini, 3 hari di sana, 3 hari itu juga saya dapat nikmati gulai ikan yang berbeza. Continue reading

  • Prompt: Filem Pursuit of Happyness

    Walaupun ditimpa kesusahan bertimpa-timpa, tapi tetap tidak menjadi halangan untuk berjaya, bahkan menjadi pemangkin untuk bangkit semula dan melonjak lebih tinggi. Pursuit of Happyness, yang dibintangi Will Smith dan anaknya, Jaden merupakan salah satu filem kegemaran saya. Diinspirasikan daripada kisah benar, kisah hidup Chris Gardner, seorang ahli perniagaan dan pelabur berbangsa Amerika. Dia pernah hilang Continue reading

  • Matahari

    Pergi gelap, balik pun gelap. Begitulah rutin saya dan suami suatu ketika dulu sewaktu bekerja. Sejurus selepas subuh sudah perlu gerak ke tempat kerja. Baliknya pula menjelang maghrib. ‘Matahari’ pun tak jumpa. Sekarang sejak bekerja dari rumah, seronok dapat buka pintu dan tingkap untuk menerima cahaya matahari pagi. Saya paling suka sinaran matahari waktu pagi Continue reading

  • Melancong

    Saya bukan kaki melancong sangat, tetapi minat tu adalah juga. Sejak beranak kecil, memang hampir tiada istilah melancong, melainkan balik kampung sahaja (jika perjalanan jauh boleh dikira sebagai melancong). Namun niat tu tetap ada, iyalah siapalah yang tak suka ke tempat yang cantik pemandangannya, yang berlainan budaya, musim atau cuaca, tetapi itulah kadang-kadang macam-macam kekangan Continue reading

  • Mimpi

    Memetik tagline filem Soal Hati, ‘Tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna’, tak dapat tidak, saya setuju. Walaupun dalam konteks filem yang dibintangi Afdlin Shauki dan Erra Fazira ini ia berkisarkan cinta, namun saya kira dalam hal hidup yang lain juga tagline ini dapat diguna pakai. Betul tak, kalau kita tak berani, masakan apa yang kita impikan Continue reading

  • Hujan

    “Hujan,” jawab adik bila ditanya band yang dia suka, 10 tahun lalu. “Hujan? Band apa nama lagu tu?” biasalah jawapan sinis diberi, padahal diri sendiri yang tak tahu band indie tu tengah meningkat naik waktu itu. Hujan bermula di laman web MySpace, merupakan sebuah kugiran yang muncul sekitar 2005. Dianggotai Noh Salleh, AG Coco, Hang Continue reading

Design a site like this with WordPress.com
Get started