Zaila Menulis

Bacalah dan tulislah.


  • Streslah!

    Seminggu dua ni aku perasan aku jadi mudah marah, cepat berdebar, cemas, sakit sakit kepala dan sengal-sengal rasa badan. Entahlah. Sebab lepas vaksin ke, sebab pernah dijangkiti Covid ke, atau peralihan umur menuju 40-an ke – aku pun tak pasti. Apabila mencari maklumat di internet, lagi aku rasa resah gelisah. Akhirnya selepas dapat sembang-sembang dengan Continue reading

  • Banjir Selangor 2021

    Banjir besar di Selangor penghujung 2021. Kawasan rumah aku antara yang terjejas teruk. Air naik melebihi paras pinggang, melimpah keluar daripada longkang besar di hadapan bangunan rumah, setelah lebih 24 jam hujan lebat berterusan. Aku tiada di rumah, sedang bercuti di kampung. Hanya menerima berita dan perkembangan melalui jiran-jiran. Khabarnya air dalam sungai berhampiran sangat Continue reading

  • Dos Penggalak Vaksin: Selepas Tiga Hari

    Akhirnya dapat juga tarikh temu janji vaksin dos penggalak (booster dose) di Mysejahtera. Aku memang tertunggu-tunggu sebab dah lebih tempoh dos kedua Sinovac. Dah nak masuk 4 bulan. Jadi memang dah layak nak dapat. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan dan kesan selepas vaksin pun tak seteruk masa dos pertama dan kedua. Kawan baik aku, pegawai perubatan Continue reading

  • Ke Akhir Garisan

    Tamat 10 hari kuarantin oleh CAC, namun di Mysejahtera masih perlu teruskan update perkembangan kesihatan hingga hari 14. Alhamdulillah. Kami semua makin sihat. Syukur alhamdulillah. Hujan lebat di luar. Barisan kenderaan kini dah panjang berbanding bulan-bulan sebelum ini. Kebanyakan orang sudah mula kembali bekerja, jalan raya juga kembali sesak. Aku? Seperti biasa terus bekerja di Continue reading

  • Allah Itu Maha Mendengar

    Hari keenam, kuarantin rumah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kesihatan kami makin baik. Deria rasa dan bau aku mula kembali, betapa besarnya nikmat dapat hidu wap cengkih, bau tumisan bawang, bau sabun basuh dan sabun cuci tangan yang baru dibeli. Anak-anak juga kekal aktif, selera makan minum macam biasa. Syukur PdPR, masih boleh hadir kelas walaupun kuarantin. Continue reading

  • Kuarantin Kendiri Di Rumah

    Hari ketiga kuarantin. MySejahtera dah update aku sebagai confirmed case. Suami dan anak juga semalam. Jadi setiap hari kami perlu update tahap kesihatan kami 2 kali, pagi dan petang. Jawab beberapa soalan dan nyatakan bacaan oksigen, tekanan darah, kadar denyut nadi. Deria bau dan rasa aku masih tiada. Apa yang aku makan terasa kosong namun Continue reading

  • Bukan Positif Ini Yang Kita Mahu

    Semua orang tak mahu, tapi jika telah ditakdirkan Allah beri, mahu atau tidak terpaksa terima juga. September 2021. Satu-satunya perkara yang kita tak mahu ia berlaku, tetap berlaku juga semuanya atas kehendak Allah. Ya, diri sendiri pun kekhilafan juga. Dan terimalah dengan reda dan laluinya dengan tabah dan tenang. 3 September 2021, setelah 3 hari Continue reading

  • Penterjemahan Teks Biologi

    Kerja penterjemahan biarpun agak rumit tapi apabila ditugaskan aku sering menerima dengan hati terbuka. Berbanding kerja penyuntingan, dalam banyak masa aku rasa menterjemah kurang ‘sakit kepala’. Namun, kalau dapat teks penyuntingan yang agak bersih, okey saja. Apapun, aku bersyukur masih ditawarkan kerja dalam bidang editorial ini walaupun ada masa aku terkejar-kejar juga nak capai ‘deadline’. Continue reading

  • Senaman Trampoline

    Jujurnya tak pernah terfikir nak beli trampoline sampailah suami kata nak beli, bolehlah bersenam sekeluarga. Anak-anak pun lega dapat ‘release’ tenaga dengan melompat-lompat, kami berdua dapat juga gerak-gerakkan badan keluarkan peluh. Apabila cari di Youtube, senaman trampoline ni, banyak juga videonya. Dan senaman yang dibuat pun semua nampak seronok. Bermula semalam, aku paksa diri melompat Continue reading

  • PKP Lagi

    Tak sangkalah sampai masuk bulan keenam tahun kedua kita dok perang dengan Covid-19 ni, seluruh negara terpaksa menghadap PKP sekali lagi. PKP 2.0 seolah tak berapa nak berkesan, maka PKP 3.0 ni dikatakan sepatutnya sama macam PKP 1.0 dulu. Apabila kebanyakan sektor ditutup dan kebanyakan orang duduk rumah. Hanya ketua keluarga yang boleh keluar beli Continue reading

Design a site like this with WordPress.com
Get started