-
Suratkhabar Sabtu
Membaca berita melalui suratkhabar, lain perasaannya berbanding di internet. Walaupun berita boleh diakses lebih pantas dan mudah secara dalam talian, namun menyelak helaian akhbar tetap mempunyai nostalgia dan cerita tersendiri. Inspirasi arwah ayah mungkin, dibaca suratkhabar untuk perkembangan negara dan dunia. Artikel atau rencana yang ingin dibaca semula akan digunting dan disimpan keratannya. Tabiat itu Continue reading
-
PromptJulai: Jiwa
Anak-anak, memanglah belahan jiwa intan payung pengarang jantung. Merekalah madu, mereka jualah racun. Amanah yang dikurnia Allah bukan calang-calang. Setiap anak yang lahir menuntut pengorbanan yang bukan sedikit, bahkan berbeza pula dari sulung, tengah atau bongsu. Syukur Allah masih limpahi kasih sayang dan beri peluang untuk bergelar ibu, saat masih ada insan yang ternanti-nanti zuriat Continue reading
-
So Again, I Write To Heal
Biasa dengar nama Teme Abdullah, buku-bukunya, lukisan-lukisannya tapi saya tidaklah follower tegar cuma adalah mengikut perkembangannya sikit-sikit. Kagum dengan bakat lukisannya, cantik-cantik belaka biarpun hanya garisan dan sketch. Terbaru Teme telah ‘menghiburkan’ hati Agong dan Permaisuri dengan lakaran potret Tuanku berdua yang dikongsikan di Instagram dan Twitter. Betapa Tunku RPA berkenan untuk dapatkan sesalinan lukisan Continue reading
-
PromptSept: Makan Tengah Hari
Nasi putih, tomyam campur, ulam timun dan sambal hitam. Foto ini merupakan salah satu menu saya semasa cuba konsisten makan secara suku suku separuh untuk mengurangkan berat badan. Bekas Tupperware yang dibahagi begini mudah untuk saya sukat makanan, cuma saya gunakannya tak lama kerana susah nak makan sebab ruangnya agak dalam dan sempit. Sewaktu mula Continue reading
-
PromptSept: Jalan
Matahari pagi di sepanjang jalan ke KL beberapa bulan lalu. Meredah jalan yang masih belum sibuk kerana masih di awal pagi. Dapat nikmati cahaya matahari pagi dengan jelas. Berpagi-pagi untuk ke kelas, yang mana saya menjadi salah seorang urus setia. Perlu tiba awal memantau kelancaran proses. Almaklum agak lama tidak mengendalikan program, jadi berusaha untuk Continue reading
-
PromptSept: Blog Foto
Cabaran untuk September, blog foto. Teruja nak kongsi foto-foto yang ada dalam simpanan. Walaupun cabaran untuk Julai dan Ogos tenggelam timbul, tetap juga nak sahut cabaran untuk September. Cikpuan Norsa’adah yang mencetuskan cabaran ini. Cabaran September sekurang-kurangnya ada 15 entri. Kita cuba! #septemberblogpostchallenge #septemberwritingprompt #photoblog Continue reading
-
Prompt Ogos: Night Owl vs Early Bird
Agak perlahan progress menulis mengikut prompt Ogos ini dek memenuhi tuntutan menterjemah buku Sains PT3 dan menyunting manuskrip e-book salah seorang peserta kelas Tulis dan Terbit E-book. Bekerja sepenuhnya di rumah, walaupun ada workstation sendiri, sungguhlah tidak sama suasana dan keadaan seperti di pejabat yang lebih selesa dan kurang gangguan (ye ke?) Sekurang-kurangnya tiada tangan Continue reading
-
Prompt: Kucing
Saya tidak memelihara kucing. Jujurnya saya tidak minat sangat pada kucing pun, sekadar melihat gambar kucing comel, memberi makan pada kucing kalau ada… itu sahajalah. Namun, saya tetap juga ada pengalaman tinggal di rumah penggemar kucing, jadi secara tak langsung dapat memahami cara menguruskan kucing dan bagaimana kucing berfungsi sebagai kawan kepada manusia. Masa kecil Continue reading
-
Prompt: Gambar dari Galeri Album
Cuti Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong yang lalu, kami sekeluarga ke IKEA. Dek godaan jualan separuh harga, suami teringin juga nak jamu mata. Dia minat bab deko rumah. Kami ke IKEA Cheras sebab kemudian nak terus ke rumah abang di Bandar Tun Razak. Dekat saja dalam 20 minit perjalanan kalau tak jem. Dalam gambar, itu Continue reading
-
Buku
Suka beli buku dan suka baca buku memang dua perkara yang berbeza. Apatah lagi yang suka membeli, jarang benar mahu baca hingga habis. Yang suka membaca, kedekut pula nak membeli. Berjodoh dengan pasangan yang minat buku, saya anggap sebagai rezeki. Kenapa? Sebab dia faham ‘nilai’ helaian kertas yang dijilidkan itu. Dan juga faham taraf ilmu Continue reading